~ T!aDa haRaPaN SeLaiN AlLaH,T!aDa iDoLa SeLaiN NaBi,T!aDa KaTa Se!NDah aLQuRaN,T!aDa JaLaN SeLuRuS SunNah,T!aDa PeRjuaNGaN SeLa!N IsLaM~

Followers

Tuesday, December 13, 2011

Ya Rabbi...Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

... Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Saturday, December 10, 2011

Mengemis Kasih

Bismillahirrahmanirahim~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
 

Subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah.. Apa khabar sahabat-sahabatku. Bagaimana pula khabarnya dengan imanku sendiri.. Allahu'alam, susahnya untuk mentafsirkan..cukup tersentuh mendengar lagu Mengemis Kasih, Lagu kat atas tu lagu yang sangat lama. Lagu lama yang ditelan zaman. Tapi lagu ni sangat unik & mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sangat suka nasyid ni...

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan DOSAku menggunung TINGGI
Tapi RAHMAT-Mu melangit LUAS
Harga SELAUTAN SYUKURku
Hanyalah SETITIS NIKMAT-Mu di bumi

Tuhan walau TAUBAT sering ku MUNGKIRI
Tapi PENGAMPUNAN-Mu tidak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat pada ku

 

Monday, November 21, 2011

jika dia bukan takdirku..redhakanlah hatiku dengan ketentuanMU

Hari ini aku luangkan masa lapangku dengan melayari laman sosial yang digilai para remaja masa kini.

Tetiba tangan aku terklik link dari iluvislam.com. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik . Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang harus aku pelajari. Tapi entah kenapa salah satu artikel yang ada dalam link tersebut menarik perhatianku…TajukNYA:

Maaf…Ini adalah yang terbaik

Apa yang kau dah buat ni….??

Astaghfirullah..selama ini aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam pada kawan2 aku. KononNYA ingin memuhasabahkan diri & juga kawan2 yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan ni?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang ‘Izhar’. Terang & nyata aku masih bercinta! Cinta yang belum halal & sah buatku. Ya Allah…apa yang telah aku lakukan ni…?

Aku berfikir sejenak…

Sebelum ni kami memang pernah b’bincang mengenai hal in. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta kami masih belum sedia untuk putuskan hubungan. Kami terlalu sayangkan hubungan kami & aku pula terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak ajar aku apa erti Cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi dengan kehadirannya banyak mengubah hidup aku. Aku yakin dia adalah untuku. Tapi perjalanan kami masih jauh. Aku sangat sayangkan dirinya tapi aku lebih sayangkan Allah.

Mungkin inilah saatnya untuk aku katakana padanya. Ya Allah berikanlah aku kekuatan..Semoga kau permudahkan semua ni. Sebenarnaya saya nak beritahu sesuatu yang penting kat awak. Perjalanan kita masih jauh lagi. Awak masih belajar lagi. Lagi setahun nak grad. Kita sama2 nak cari keredhaan. Tapi masih melakukan dosa.

Walaupun tidak melakukan zina yang zahir tapi kita masih berzina hati. Awak fahamkan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua itu, Saya rasa bersalah dengan Allah, Saya cakap saya sayangkan Allah tapi saya masih tidak dapat tinggalkan apa yang saya cintai.
Sebenarnya saya dah lama fikir soal ni.. Insya Allah inilah masaNYA..hmm awak mungkin inilah saatnya kita berpisah kerana Allah.Saya nak buktikan yang saya lebih sayangkan Allah lebih dari segalaNYA.

Kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan – Nya. Memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya buat semua ni kerana Allah. Awak mungkin berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, Awak doalah banyak2. Insya Allah, kalau kita ada jodoh,  allah akan temukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalammualaikum..Jaga diri baik2 ya awk..

YA Allah…Hubungan yang hampir 2 tahun terjalin itu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk lepaskan kata berpisah. Kami sama2 setuju untuk berpisah kerana Allah. Air mata ini mengalir & terus mengalir. Aku terus saja inform adikku , sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah,sebab saya lalukan ini kerana Allah. Hati ini memang badan yang punya tapi hakikatNya Allah yang punya. Kalau Allah yang punya mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya kan? Redha lah…sebab kalau kita lepaskan sesuatu kerana Allah..Insya Allah Allah permudahkannya..Memang lepas ni saya akan rasa kosong sebab hari2 tu selalu ada dirinya. Apatah lagi hubungan ni b’akhir dengan cara yang tidak baik.Lagi sukar untuk melupakannya.  Baca al-quran supaya hati tenang..

“…..rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang2 maka padanya pahala bahkan Ath- Thohawi  menukil dalam kitab Haayi’ah Marakil Falah dari imam syuthi yang mengatakn bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang2 yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan sembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.”
Kali ni,biarlah aku mencintai & merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan & cintaku terhadapnya sehingga sampai waktuNya. Jodoh itu ditangan allah. Aku serahkan semuaNya pada DIA. Insya Allah.

Hati ini memang lemah,memang sedih,tapi Allah telah berfirman..
Surah al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:-
“Janganlah kamu bersikap lemah & jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paing tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman.

Sunday, November 13, 2011

Hentikan MaKsIaT ! BeRsIHkAn JiWa, BeTuLkAn NiaT...


Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

Friday, November 11, 2011

Andai itu Takdirnya..Redhakanlah aku...

 
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

... Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Ya Allah~

Friday, September 16, 2011

"Aku Dan Dia Dah Putus..."

 Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Saturday, September 10, 2011

... Ya Allah, Bantulah Aku Melupakannya ...



"Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara Aku dan Dia
Jika nyata aku bukan pemilik tulang rusuknya
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikanlah hatiku
Sehingga dapat melaksanakan Kehendak dan RencanaMu..

amin.."

Sunday, July 24, 2011

Kebahagiaan Hati...

Benarlah kata orang yang bijaksana..kebahagiaan manusia itu terletak di hati..kebahagiaan yang sejati adalah kebahagiaan yang lahir dari hati yang suci lagi murni, semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat dari illahi..kebahagiaan terlalu subjektif untuk dinilai dan juga dibuat pengukuran..kerana hanya Allah swt yang Maha Mengetahui..namun perlu diingat, kebahagiaan membuatkan manusia lebih bersemangat, kebahagiaan membuatkan manusia lebih ceria, bertenaga dan lebih positif menjalani kehidupan seharian..Namun persoalannya, bagaimana kita ingin memperolehi kebahagiaan itu..dan bagaimana pula kebahagiaan yang sejati itu akan kekal abadi.

Mungkin ada yang menganggap kebahagiaan itu datang tatakala kita berjaya mendapatkan segala apa yang kita inginkan..ada juga yang beranggapan kebahagiaan itu akan menyinar apabila dua hati terpaut dalam khayalan cinta dunia..dan ada juga yang beranggapan kebahagiaan itu wujud bila kita bebas dari segala masalah dan juga bebanan..Apa yang diperkatakan dan apa yang difikirkan kesemuanya benar, memang benar kebahagiaan akan wujud dalam situasi-situasi seperti tadi..namun harus diingat, kesemuanya itu berkemungkinan hanyalah sementara sahaja, dan ada pula yang tidak akan kekal lama.

Jika ada yang beranggapan kebahagiaan menjelma apabila kita berjaya memperolehi segala apa yang diinginkan, ternyata anda hanyalah memperolehi kebahagiaan yang sementara..ini adalah kerana setiap perkara yang kita miliki  x kan selamanya kekal disisi dan yang kekal pula x kan abadi..begitu juga dengan cinta yang wujud dari pertalian dua hati..saat suka semuanya indah di mata..segala cacat cela dan dan keburukan tertutup semuanya..tapi sedarkah, tatkala kebencian, kekecewaan dan kesedihan berkunjung tiba, apakah yang akan berlaku pada cinta??? adakah anda masih berasa bahagia??? ataupun adakah anda masih gembira??? sudah pasti jawapannya tidak bukan..terbukti kebahagiaan yang dikecapi itu juga hanyalah sementara.

Begitu juga jika ada yang beranggapan kebahagiaan itu ada bila kita bebas dari segala masalah dan bebanan..betul apa yang difikirkan tapi harus juga diingatkan..setiap manusia yang bernyawa tidak akan lari dari menghadapi masalah dan memikul bebanan dalam kehidupan..Justeru dimana letaknya kebahagiaan yang sejati, yang kekal abadi??? jawapannya sudah tentu ianya berada di dalam hati..namun perlu diingat, hati itu perlulah suci dan murni serta ikhlas bersandarkan hanya pada illahi...dekatkanlah diri kita dengan illahi nescaya kita akan merasai kehebatan dan kebahagiaan yang sejati seperti yang diimpi.

Apabila hati dekat dengan illahi..kita akan sentiasa merasa tenang dan damai di hati..segala ujian dan bebanan akan dapat dihadapi..semakin jauh kita dari illahi semakin jauh pula kita dengan rahmatnya yang suci...apabila kita memperolehi rahmat dan redha illahi..segala apa pun yang terjadi dalam hidup ini, kita akan mampu harungi..di situlah letaknya kebahagiaan yang sejati dan abadi..Ingatkah anda tentang kisah para nabi dan sahabat2nya..mereka masih mampu tersenyum dalam kesusahan, mereka masih mampu ceria di saat berduka, mereka masih lagi mampu gembira walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang menimpa..kerana apa??? kerana hati mereka tetap yakin pada rahmat illahi..mereka merasa bahagia dalam derita..mereka merasa bahagia dalam sengsara..mereka masih merasa bahagia walaupun dunia memusuhi mereka..kerana apa??? kerana mereka sedar mereka hanyalah hamba-Nya yang hina..mereka milik Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Ternyata kebahagiaan manusia yang sejati dan abadi letaknya di hati..namun hati tersebut perlulah suci dan murni serta ikhlas hanya untuk illahi..Semoga Allah swt memberi kebahagiaan kepada semua hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa serta yang sering berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Berkuasa walaupun dihina, dan dicerca manusia..ingatlah, hidup ini hanyalah sementara..akhirat kekal selama-lamanya..indahnya dunia hanya seketika..indahnya syurga tidak tergambar dengan kata-kata.

Sunday, May 22, 2011

DIBEBANI BANYAK MASALAH?

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!

Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya

- Silakan wahai Hakeem

- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?

- Tentunya tidak!

- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?

- Tentunya tidak!

- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi ap yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:-


Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban..

Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku
Pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu

Saturday, April 23, 2011

~pepatah cinta~

Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

...Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada Allah swt.

Friday, April 22, 2011

~Hikmah Sujud~

 
Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. 
Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj, ayat 77 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah”…...
Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya;

-Melegakan sistem pernafasan.
-Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:

1.Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2.Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
5.Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
6.Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
7.Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelviks.
9.Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
10.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman, darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti opoplexia rupture of blood vessels.

Friday, February 25, 2011

Perasaan Yg Kompleks...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Salam ceria...

Demam..Tapi kenapa tengah demam ni, aku membuat entri tentang perasaan? Sebab, perasaan itu kompleks! Mungkin boleh lagi untuk mentafsir perasaan dan fikiran tentang diri sendiri. Sebab itu yang kita alami, bukan? Kita yang rasa, kita yang nilai sendiri. Tetapi ia menjadi kompleks, jika melibatkan orang lain juga. Bagaimana perasaan kita sebagai hamba Allah, perasaan dalam keluarga, perasaan sesama rakan, mahupun sesama teman istimewa.

Kita tahu tentang perasaan kita, tapi kita tak tahu perasaan orang terhadap kita, fikiran orang terhadap kita. Mungkin ada yang fikir kita ini baik, ada yang fikir kita ni jahat, innocent ke, kasar ke, apa-apa je la. Itu hak individu. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita membuat andaian terhadap orang lain. Itu kan normal? Tetapi, kita lihat pada tindakan terhadap andaian kita itu. Mungkin sebagai contoh, orang mempergunakan apa yang kita ada. Ya, aku sedang mengalaminya. Orang mempergunakan perasaan aku, mempermainkannya.

Dulu aku pernah mengalaminya, tetapi telah aku atasi. Sekarang aku mengalami keadaan yang sama tetapi oleh orang yang berlainan. Persoalan aku, aku tahu aku dipermainkan, tapi aku masih mendiamkan diri, untuk menunggu, agar satu hari nanti aku akan tahu, “Kenapa aku yang dipermainkan?”.

Keikhlasan hati, boleh saja diberikan. Tetapi kenapa kadang-kadang keikhlasan itu tidak dihargai? Aku tidak salahkan sesiapa, kerana bukan kita boleh puaskan hati seseorang. Itu yang aku fikir dan aku cuba buat post mortem. Dan kadang-kadang aku fikir, adakah sebab aku pernah mengecewakan orang lain, jadi sekarang ini orang kecewakan hati aku? Sejauh mana aku perlu percaya tentang what goes around comes around? Itulah kelemahan manusia. Yang aku nampak, punca masalah tentang hubungan sesama manusia ini, adalah komunikasi. Kurang komunikasi yang berkualiti.

Aku manusia biasa. Macam yang aku pernah post, bukan senang untuk aku menolak daya tarikan antara lelaki dan perempuan. Aku cuma mengharapkan lelaki yang menerima aku seadaanya, yang menghargai, yang membetulkan kesilapan aku, yang membimbing aku. Bukan tiada yang hadir dalam hidup aku. Ada. Tetapi ada yang aku terpaksa lepaskan. Kenapa? Pertama, mungkin itu bukan pilihan terbaik. Kedua, orang kata, kalau kita sayangkan seseorang, lepaskan dia, kalau dia kembali, maka ia adalah milik kita, tetapi kalau ia tak kembali, lupakanlah ia. Haa. Ni pun menjadi persoalan. Sejauh mana aku nak percaya tentang kata-kata ini?
Jujur, dalam hidup aku, aku cuma mahukan sahabat yang menjadi teman kita masa kita senang dan juga susah. Aku juga mahukan teman hidup sebegitu. Yang sentiasa menyokong kita. Siapa yang tak mahu sahabat mahupun teman yang sudi membantu kita semasa kita susah, yang sudi menegur kesalahan kita tanpa hadir rasa meluat atau benci. Sekarang aku cuma mengharap, sekurang-kurangnya kalau tak ada teman yang lebih baik peribadinya, janganlah hadir teman yang lebih teruk perangainya daripada aku.

Aku pun tak tahu aku merapik apa. Tengok, betapa kompleks untuk mentafsir perasaan dan hubungan sesama manusia. Tetapi, sama-samalah kita cuba hayati lirik dalam lagu Hold My Hands – Maher Zain, “now we share the same bright sun, the same round moon, why don’t we share the same love?“.

Tetapi, sebenarnya, perkara paling asas yang perlu kita semua buat. Appreciation. Hargai keluarga. Hargai sahabat. Hargai orang yang pernah berbudi. Hargai pasangan. Supaya kita bersyukur kepada Allah SWT, betapa manisnya kasih sayang yang Dia anugerahkan.
Tetapi aku ada satu masalah. Aku menghargai orang yang ada di sekelilingku. Tetapi. Aku tak tahu bagaimana mahu ekspresikan penghargaan itu..

Tuesday, February 22, 2011

Pergilah Sayangku...


Pergilah sayangku 
Moga itu yang terbaik untukmu
Tika lewat waktu
Aku merasa buntu
Namu aku tahu
Tuhan punya rahsia buatku
Aturan yang terbaik bagiku
Tarbiyyah untuk diriku

Mungkin yang kufikir baik, bukan yang terbaik buatmu
Maafkan aku
Atas segala khilaf dariku
Apa yang baik buatku mungkin bukan untukmu
Apa yang baik buatmu mungkin bukan untukku

Teruskanlah langkahmu sayang
walau dimana dikau berada
Demi Tuhanku
aku tetap menyayangimu
hingga akhir waktu

Saatnya tiba untuk berlaku
Hadapinya dengan penuh restu
Kerna ia ujian dari Tuhan-Mu
Maka bersabarlah demi Tuhanmu

Saatnya ku merasa haru
Dia tempat aku mengadu
Dalam doa kudus sujudku
Munajat mengharap pada-Mu
Agar masih ada rahmat atas segala yang berlaku

Pintaku hanya satu
moga ini bukan pengakhiran padamu
namun permulaan yang baru
buat diriku dan dirimu

Friday, February 11, 2011

Dendam Yg Termanis...

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. [B]Sakitnya tidak terperi. [/B]Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan [B]bala yang dahsyat[/B] pada mereka yang menganiayaiku. [B]Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan.[/B] Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

[B]Sakit hati bercampur bisikan syaitan[/B], inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku [B]diberi kekuatan untuk menempuh ujian[/B] dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku [B]diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka[/B]. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. [B]Hatiku kini tenang. Damai. [/B]Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, [B]kemaafan itu dendam yang termanis[/B] untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

[I](Surah an-Nur : Ayat 21)[/I]

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

[I](Surah Ali-Imran: Ayat 134)[/I]

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. [B]Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas.[/B] Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,[B]yang penting keredaan ada bersama kita[/B].

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, [B]rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi[/B]. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

[I]Alhamdullilah[/I]. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahku.

sumber grafik: masafzal.blogspot.com

p/s: e'en ambil artikel ni dari artikel i luv islam.com.xsalahkan utk dikongsi dgn kwn2 yg lain...

Thursday, February 10, 2011

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah! 
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian 
itu lebih baik bagimu 
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu 
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal 
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata 
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. 
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]



Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]
 

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~
Karya asal : daffodil At-toriq.