~ T!aDa haRaPaN SeLaiN AlLaH,T!aDa iDoLa SeLaiN NaBi,T!aDa KaTa Se!NDah aLQuRaN,T!aDa JaLaN SeLuRuS SunNah,T!aDa PeRjuaNGaN SeLa!N IsLaM~

Followers

Tuesday, December 13, 2011

Ya Rabbi...Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

... Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Saturday, December 10, 2011

Mengemis Kasih

Bismillahirrahmanirahim~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
 

Subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah.. Apa khabar sahabat-sahabatku. Bagaimana pula khabarnya dengan imanku sendiri.. Allahu'alam, susahnya untuk mentafsirkan..cukup tersentuh mendengar lagu Mengemis Kasih, Lagu kat atas tu lagu yang sangat lama. Lagu lama yang ditelan zaman. Tapi lagu ni sangat unik & mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sangat suka nasyid ni...

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan DOSAku menggunung TINGGI
Tapi RAHMAT-Mu melangit LUAS
Harga SELAUTAN SYUKURku
Hanyalah SETITIS NIKMAT-Mu di bumi

Tuhan walau TAUBAT sering ku MUNGKIRI
Tapi PENGAMPUNAN-Mu tidak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat pada ku