~ T!aDa haRaPaN SeLaiN AlLaH,T!aDa iDoLa SeLaiN NaBi,T!aDa KaTa Se!NDah aLQuRaN,T!aDa JaLaN SeLuRuS SunNah,T!aDa PeRjuaNGaN SeLa!N IsLaM~

Followers

Tuesday, December 13, 2011

Ya Rabbi...Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

... Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Saturday, December 10, 2011

Mengemis Kasih

Bismillahirrahmanirahim~ In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
 

Subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah.. Apa khabar sahabat-sahabatku. Bagaimana pula khabarnya dengan imanku sendiri.. Allahu'alam, susahnya untuk mentafsirkan..cukup tersentuh mendengar lagu Mengemis Kasih, Lagu kat atas tu lagu yang sangat lama. Lagu lama yang ditelan zaman. Tapi lagu ni sangat unik & mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sangat suka nasyid ni...

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan DOSAku menggunung TINGGI
Tapi RAHMAT-Mu melangit LUAS
Harga SELAUTAN SYUKURku
Hanyalah SETITIS NIKMAT-Mu di bumi

Tuhan walau TAUBAT sering ku MUNGKIRI
Tapi PENGAMPUNAN-Mu tidak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat pada ku

 

Monday, November 21, 2011

jika dia bukan takdirku..redhakanlah hatiku dengan ketentuanMU

Hari ini aku luangkan masa lapangku dengan melayari laman sosial yang digilai para remaja masa kini.

Tetiba tangan aku terklik link dari iluvislam.com. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik . Dari laman web ini lah aku dapat banyak pengajaran. Banyak yang aku perlu tahu. Banyak yang harus aku pelajari. Tapi entah kenapa salah satu artikel yang ada dalam link tersebut menarik perhatianku…TajukNYA:

Maaf…Ini adalah yang terbaik

Apa yang kau dah buat ni….??

Astaghfirullah..selama ini aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam pada kawan2 aku. KononNYA ingin memuhasabahkan diri & juga kawan2 yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan ni?
Aku masih melakukan dosa! Dosa yang ‘Izhar’. Terang & nyata aku masih bercinta! Cinta yang belum halal & sah buatku. Ya Allah…apa yang telah aku lakukan ni…?

Aku berfikir sejenak…

Sebelum ni kami memang pernah b’bincang mengenai hal in. Couple itu haram. Tapi disebabkan terlalu cinta kami masih belum sedia untuk putuskan hubungan. Kami terlalu sayangkan hubungan kami & aku pula terlalu sayangkan dirinya. Sebab dialah yang banyak ajar aku apa erti Cinta.
Sebelum ni aku pernah dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku serik. Tapi dengan kehadirannya banyak mengubah hidup aku. Aku yakin dia adalah untuku. Tapi perjalanan kami masih jauh. Aku sangat sayangkan dirinya tapi aku lebih sayangkan Allah.

Mungkin inilah saatnya untuk aku katakana padanya. Ya Allah berikanlah aku kekuatan..Semoga kau permudahkan semua ni. Sebenarnaya saya nak beritahu sesuatu yang penting kat awak. Perjalanan kita masih jauh lagi. Awak masih belajar lagi. Lagi setahun nak grad. Kita sama2 nak cari keredhaan. Tapi masih melakukan dosa.

Walaupun tidak melakukan zina yang zahir tapi kita masih berzina hati. Awak fahamkan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua itu, Saya rasa bersalah dengan Allah, Saya cakap saya sayangkan Allah tapi saya masih tidak dapat tinggalkan apa yang saya cintai.
Sebenarnya saya dah lama fikir soal ni.. Insya Allah inilah masaNYA..hmm awak mungkin inilah saatnya kita berpisah kerana Allah.Saya nak buktikan yang saya lebih sayangkan Allah lebih dari segalaNYA.

Kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan – Nya. Memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya buat semua ni kerana Allah. Awak mungkin berat untuk awak, saya pun terasa berat juga.
Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, Awak doalah banyak2. Insya Allah, kalau kita ada jodoh,  allah akan temukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalammualaikum..Jaga diri baik2 ya awk..

YA Allah…Hubungan yang hampir 2 tahun terjalin itu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk lepaskan kata berpisah. Kami sama2 setuju untuk berpisah kerana Allah. Air mata ini mengalir & terus mengalir. Aku terus saja inform adikku , sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku.
Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah,sebab saya lalukan ini kerana Allah. Hati ini memang badan yang punya tapi hakikatNya Allah yang punya. Kalau Allah yang punya mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya kan? Redha lah…sebab kalau kita lepaskan sesuatu kerana Allah..Insya Allah Allah permudahkannya..Memang lepas ni saya akan rasa kosong sebab hari2 tu selalu ada dirinya. Apatah lagi hubungan ni b’akhir dengan cara yang tidak baik.Lagi sukar untuk melupakannya.  Baca al-quran supaya hati tenang..

“…..rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang2 maka padanya pahala bahkan Ath- Thohawi  menukil dalam kitab Haayi’ah Marakil Falah dari imam syuthi yang mengatakn bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang2 yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan sembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.”
Kali ni,biarlah aku mencintai & merinduinya dalam diam. Biarlah aku memendam kerinduan & cintaku terhadapnya sehingga sampai waktuNya. Jodoh itu ditangan allah. Aku serahkan semuaNya pada DIA. Insya Allah.

Hati ini memang lemah,memang sedih,tapi Allah telah berfirman..
Surah al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:-
“Janganlah kamu bersikap lemah & jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paing tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman.

Sunday, November 13, 2011

Hentikan MaKsIaT ! BeRsIHkAn JiWa, BeTuLkAn NiaT...


Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah


“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

Friday, November 11, 2011

Andai itu Takdirnya..Redhakanlah aku...

 
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

... Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Ya Allah~

Friday, September 16, 2011

"Aku Dan Dia Dah Putus..."

 Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Saturday, September 10, 2011

... Ya Allah, Bantulah Aku Melupakannya ...



"Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara Aku dan Dia
Jika nyata aku bukan pemilik tulang rusuknya
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikanlah hatiku
Sehingga dapat melaksanakan Kehendak dan RencanaMu..

amin.."