~ T!aDa haRaPaN SeLaiN AlLaH,T!aDa iDoLa SeLaiN NaBi,T!aDa KaTa Se!NDah aLQuRaN,T!aDa JaLaN SeLuRuS SunNah,T!aDa PeRjuaNGaN SeLa!N IsLaM~

Followers

Friday, February 25, 2011

Perasaan Yg Kompleks...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Salam ceria...

Demam..Tapi kenapa tengah demam ni, aku membuat entri tentang perasaan? Sebab, perasaan itu kompleks! Mungkin boleh lagi untuk mentafsir perasaan dan fikiran tentang diri sendiri. Sebab itu yang kita alami, bukan? Kita yang rasa, kita yang nilai sendiri. Tetapi ia menjadi kompleks, jika melibatkan orang lain juga. Bagaimana perasaan kita sebagai hamba Allah, perasaan dalam keluarga, perasaan sesama rakan, mahupun sesama teman istimewa.

Kita tahu tentang perasaan kita, tapi kita tak tahu perasaan orang terhadap kita, fikiran orang terhadap kita. Mungkin ada yang fikir kita ini baik, ada yang fikir kita ni jahat, innocent ke, kasar ke, apa-apa je la. Itu hak individu. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita membuat andaian terhadap orang lain. Itu kan normal? Tetapi, kita lihat pada tindakan terhadap andaian kita itu. Mungkin sebagai contoh, orang mempergunakan apa yang kita ada. Ya, aku sedang mengalaminya. Orang mempergunakan perasaan aku, mempermainkannya.

Dulu aku pernah mengalaminya, tetapi telah aku atasi. Sekarang aku mengalami keadaan yang sama tetapi oleh orang yang berlainan. Persoalan aku, aku tahu aku dipermainkan, tapi aku masih mendiamkan diri, untuk menunggu, agar satu hari nanti aku akan tahu, “Kenapa aku yang dipermainkan?”.

Keikhlasan hati, boleh saja diberikan. Tetapi kenapa kadang-kadang keikhlasan itu tidak dihargai? Aku tidak salahkan sesiapa, kerana bukan kita boleh puaskan hati seseorang. Itu yang aku fikir dan aku cuba buat post mortem. Dan kadang-kadang aku fikir, adakah sebab aku pernah mengecewakan orang lain, jadi sekarang ini orang kecewakan hati aku? Sejauh mana aku perlu percaya tentang what goes around comes around? Itulah kelemahan manusia. Yang aku nampak, punca masalah tentang hubungan sesama manusia ini, adalah komunikasi. Kurang komunikasi yang berkualiti.

Aku manusia biasa. Macam yang aku pernah post, bukan senang untuk aku menolak daya tarikan antara lelaki dan perempuan. Aku cuma mengharapkan lelaki yang menerima aku seadaanya, yang menghargai, yang membetulkan kesilapan aku, yang membimbing aku. Bukan tiada yang hadir dalam hidup aku. Ada. Tetapi ada yang aku terpaksa lepaskan. Kenapa? Pertama, mungkin itu bukan pilihan terbaik. Kedua, orang kata, kalau kita sayangkan seseorang, lepaskan dia, kalau dia kembali, maka ia adalah milik kita, tetapi kalau ia tak kembali, lupakanlah ia. Haa. Ni pun menjadi persoalan. Sejauh mana aku nak percaya tentang kata-kata ini?
Jujur, dalam hidup aku, aku cuma mahukan sahabat yang menjadi teman kita masa kita senang dan juga susah. Aku juga mahukan teman hidup sebegitu. Yang sentiasa menyokong kita. Siapa yang tak mahu sahabat mahupun teman yang sudi membantu kita semasa kita susah, yang sudi menegur kesalahan kita tanpa hadir rasa meluat atau benci. Sekarang aku cuma mengharap, sekurang-kurangnya kalau tak ada teman yang lebih baik peribadinya, janganlah hadir teman yang lebih teruk perangainya daripada aku.

Aku pun tak tahu aku merapik apa. Tengok, betapa kompleks untuk mentafsir perasaan dan hubungan sesama manusia. Tetapi, sama-samalah kita cuba hayati lirik dalam lagu Hold My Hands – Maher Zain, “now we share the same bright sun, the same round moon, why don’t we share the same love?“.

Tetapi, sebenarnya, perkara paling asas yang perlu kita semua buat. Appreciation. Hargai keluarga. Hargai sahabat. Hargai orang yang pernah berbudi. Hargai pasangan. Supaya kita bersyukur kepada Allah SWT, betapa manisnya kasih sayang yang Dia anugerahkan.
Tetapi aku ada satu masalah. Aku menghargai orang yang ada di sekelilingku. Tetapi. Aku tak tahu bagaimana mahu ekspresikan penghargaan itu..

No comments:

Post a Comment