~ T!aDa haRaPaN SeLaiN AlLaH,T!aDa iDoLa SeLaiN NaBi,T!aDa KaTa Se!NDah aLQuRaN,T!aDa JaLaN SeLuRuS SunNah,T!aDa PeRjuaNGaN SeLa!N IsLaM~
Followers
Friday, April 22, 2011
Friday, February 25, 2011
Perasaan Yg Kompleks...
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Demam..Tapi kenapa tengah demam ni, aku membuat entri tentang perasaan? Sebab, perasaan itu kompleks! Mungkin boleh lagi untuk mentafsir perasaan dan fikiran tentang diri sendiri. Sebab itu yang kita alami, bukan? Kita yang rasa, kita yang nilai sendiri. Tetapi ia menjadi kompleks, jika melibatkan orang lain juga. Bagaimana perasaan kita sebagai hamba Allah, perasaan dalam keluarga, perasaan sesama rakan, mahupun sesama teman istimewa.
Kita tahu tentang perasaan kita, tapi kita tak tahu perasaan orang terhadap kita, fikiran orang terhadap kita. Mungkin ada yang fikir kita ini baik, ada yang fikir kita ni jahat, innocent ke, kasar ke, apa-apa je la. Itu hak individu. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita membuat andaian terhadap orang lain. Itu kan normal? Tetapi, kita lihat pada tindakan terhadap andaian kita itu. Mungkin sebagai contoh, orang mempergunakan apa yang kita ada. Ya, aku sedang mengalaminya. Orang mempergunakan perasaan aku, mempermainkannya.
Dulu aku pernah mengalaminya, tetapi telah aku atasi. Sekarang aku mengalami keadaan yang sama tetapi oleh orang yang berlainan. Persoalan aku, aku tahu aku dipermainkan, tapi aku masih mendiamkan diri, untuk menunggu, agar satu hari nanti aku akan tahu, “Kenapa aku yang dipermainkan?”.
Keikhlasan hati, boleh saja diberikan. Tetapi kenapa kadang-kadang keikhlasan itu tidak dihargai? Aku tidak salahkan sesiapa, kerana bukan kita boleh puaskan hati seseorang. Itu yang aku fikir dan aku cuba buat post mortem. Dan kadang-kadang aku fikir, adakah sebab aku pernah mengecewakan orang lain, jadi sekarang ini orang kecewakan hati aku? Sejauh mana aku perlu percaya tentang what goes around comes around? Itulah kelemahan manusia. Yang aku nampak, punca masalah tentang hubungan sesama manusia ini, adalah komunikasi. Kurang komunikasi yang berkualiti.
Aku manusia biasa. Macam yang aku pernah post, bukan senang untuk aku menolak daya tarikan antara lelaki dan perempuan. Aku cuma mengharapkan lelaki yang menerima aku seadaanya, yang menghargai, yang membetulkan kesilapan aku, yang membimbing aku. Bukan tiada yang hadir dalam hidup aku. Ada. Tetapi ada yang aku terpaksa lepaskan. Kenapa? Pertama, mungkin itu bukan pilihan terbaik. Kedua, orang kata, kalau kita sayangkan seseorang, lepaskan dia, kalau dia kembali, maka ia adalah milik kita, tetapi kalau ia tak kembali, lupakanlah ia. Haa. Ni pun menjadi persoalan. Sejauh mana aku nak percaya tentang kata-kata ini?
Jujur, dalam hidup aku, aku cuma mahukan sahabat yang menjadi teman kita masa kita senang dan juga susah. Aku juga mahukan teman hidup sebegitu. Yang sentiasa menyokong kita. Siapa yang tak mahu sahabat mahupun teman yang sudi membantu kita semasa kita susah, yang sudi menegur kesalahan kita tanpa hadir rasa meluat atau benci. Sekarang aku cuma mengharap, sekurang-kurangnya kalau tak ada teman yang lebih baik peribadinya, janganlah hadir teman yang lebih teruk perangainya daripada aku.
Aku pun tak tahu aku merapik apa. Tengok, betapa kompleks untuk mentafsir perasaan dan hubungan sesama manusia. Tetapi, sama-samalah kita cuba hayati lirik dalam lagu Hold My Hands – Maher Zain, “now we share the same bright sun, the same round moon, why don’t we share the same love?“.
Tetapi, sebenarnya, perkara paling asas yang perlu kita semua buat. Appreciation. Hargai keluarga. Hargai sahabat. Hargai orang yang pernah berbudi. Hargai pasangan. Supaya kita bersyukur kepada Allah SWT, betapa manisnya kasih sayang yang Dia anugerahkan.
Tetapi aku ada satu masalah. Aku menghargai orang yang ada di sekelilingku. Tetapi. Aku tak tahu bagaimana mahu ekspresikan penghargaan itu..
Tuesday, February 22, 2011
Pergilah Sayangku...
Moga itu yang terbaik untukmu
Tika lewat waktu
Aku merasa buntu
Namu aku tahu
Tuhan punya rahsia buatku
Aturan yang terbaik bagiku
Tarbiyyah untuk diriku
Mungkin yang kufikir baik, bukan yang terbaik buatmu
Maafkan aku
Atas segala khilaf dariku
Apa yang baik buatku mungkin bukan untukmu
Apa yang baik buatmu mungkin bukan untukku
Teruskanlah langkahmu sayang
walau dimana dikau berada
Demi Tuhanku
aku tetap menyayangimu
hingga akhir waktu
Saatnya tiba untuk berlaku
Hadapinya dengan penuh restu
Kerna ia ujian dari Tuhan-Mu
Maka bersabarlah demi Tuhanmu
Saatnya ku merasa haru
Dia tempat aku mengadu
Dalam doa kudus sujudku
Munajat mengharap pada-Mu
Agar masih ada rahmat atas segala yang berlaku
Pintaku hanya satu
moga ini bukan pengakhiran padamu
namun permulaan yang baru
buat diriku dan dirimu
Friday, February 11, 2011
Dendam Yg Termanis...
"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. [B]Sakitnya tidak terperi. [/B]Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan [B]bala yang dahsyat[/B] pada mereka yang menganiayaiku. [B]Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan.[/B] Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.
[B]Sakit hati bercampur bisikan syaitan[/B], inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.
Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku [B]diberi kekuatan untuk menempuh ujian[/B] dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku [B]diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka[/B]. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.
Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. [B]Hatiku kini tenang. Damai. [/B]Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, [B]kemaafan itu dendam yang termanis[/B] untuk sebuah pembalasan.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?
[I](Surah an-Nur : Ayat 21)[/I]
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
[I](Surah Ali-Imran: Ayat 134)[/I]
Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. [B]Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas.[/B] Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,[B]yang penting keredaan ada bersama kita[/B].
Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, [B]rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi[/B]. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
[I]Alhamdullilah[/I]. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahku.
sumber grafik: masafzal.blogspot.com
p/s: e'en ambil artikel ni dari artikel i luv islam.com.xsalahkan utk dikongsi dgn kwn2 yg lain...
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan [B]bala yang dahsyat[/B] pada mereka yang menganiayaiku. [B]Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan.[/B] Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.
[B]Sakit hati bercampur bisikan syaitan[/B], inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.
Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku [B]diberi kekuatan untuk menempuh ujian[/B] dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku [B]diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka[/B]. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.
Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. [B]Hatiku kini tenang. Damai. [/B]Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, [B]kemaafan itu dendam yang termanis[/B] untuk sebuah pembalasan.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?
[I](Surah an-Nur : Ayat 21)[/I]
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
[I](Surah Ali-Imran: Ayat 134)[/I]
Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. [B]Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas.[/B] Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,[B]yang penting keredaan ada bersama kita[/B].
Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, [B]rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi[/B]. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
[I]Alhamdullilah[/I]. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahku.
sumber grafik: masafzal.blogspot.com
p/s: e'en ambil artikel ni dari artikel i luv islam.com.xsalahkan utk dikongsi dgn kwn2 yg lain...
Thursday, February 10, 2011
Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
"i've leave him for the sake of Allah"
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
...
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
"i've leave him for the sake of Allah"
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]
Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]
Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~
Karya asal : daffodil At-toriq.
Tuesday, January 25, 2011
Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..
Assalamualaikum wbt.
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat
golongan lelaki
bersamanya ke dalam neraka...
Na'uzubillah.
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat
golongan lelaki
bersamanya ke dalam neraka...
Na'uzubillah.
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya.
solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik
oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik
oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak
nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API
NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan
perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak
nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API
NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan
perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA.
AMIN..... YA RABBALALAMIN.
Wednesday, January 12, 2011
Ya Rasulullah..aku merinduiMU..
Attention: saya copy paste bulat-bulat dari page notes fb seorang sahabat… hnya sekadar utk berkongsi.agak panjang, tapi amat bermakna.. after this line, is not my doing.. semua copy paste..hehe ..Taken from the story in one of my friend's fb..hu2 Alhamdullilah, Allah bagi peluang utk ternampak dan baca cerita ini..syukur ssgt, Islam yg kita perjuangkn selama ini tidak sia2 sebenarnya..
___________________________________________________________________________________
Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW
Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama… Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..” Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..” Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan… Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56) p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..
(*_*) kisah- benar-pelajar- uia-bermimpi. html dgn linangan air mata saya upload artikel ini..terasa sedih hati ini dgn dosa2 selama ini..terasa begitu kasih rasulullah pd umatnya..ummati ummati ummati..tp kita melupakan nya..;( kwn2 ku sekalian sama2 lah kita memperjuangkan agama Allah..;( saudara2 ku cuba la ubah sikit2 yg xelok..begitu terasa kerisauan rasulullah pd umatnya..
Hnya sekadar perkongsian ilmu~
Subscribe to:
Posts (Atom)









